SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)

 Majlis Pelancaran SRS KRT Pekan Chemor bersama Ketua Polis Daerah Ipoh
 Rondaan SRS sekitar Pekan Chemor bermula jam 11.45 malam mengikut jadual.
 Ahli SRS bersedia untuk meronda

Pengenalan

Skim Rondaan Sukarela (SRS) mula diperkenalkan kepada rakyat pada tahun 2003 bertujuan membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang semakin berleluasa dan kerap   menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan perumahan.  Skim SRS ditubuhkan di bawah Peraturan Peraturan Perlu Rukun Tetangga(1975). Oleh kerana keberkesanan pelaksanaan SRS dalam membantu pihak berkuasa mengurangkan jenayah dan masalah sosial, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 April 2004 telah memutuskan agar SRS diperluaskan ke seluruh negara.

Peranan SRS

- Membantu pihak berkuasa mencegah jenayah & menangani gejala sosial.
- Membantu pihak berkuasa menguatkuasa undang-undang.
- Membantu pihak berkuasa memberi perlindungan kepada nyawa & harta benda.
- Meningkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat.
- Memulihkan keadaan setempat menjadi aman & sejahtera.

Kuasa Peronda SRS

Peronda SRS semasa menjalankan rondaan di dalam Kawasan Rukun Tetangga diberi kuasa sebagai pegawai polis berpangkat mata-mata dan mempunyai kewajipan, kuasa & imuniti pegawai polis berpangkat mata-mata sebagaimana yang diperuntukan di bawah 27 I Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975) Pindaan 1988.

Walaubagaimanapun, kuasa ini tertakluk kepada arahan, syarat, batasan, sekatan oleh Pengarah Rukun Tetangga.

Syarat-Syarat Permohonan

- Terhad di di dalam Kawasan Rukun Tetangga sahaja.
- Permohonan dibuat oleh pemastautin.
- Seluruh @ sebahagian Kawasan Rukun Tetangga.
- Tidak kurang dari 20 orang pemastautin.
- Berumur tdak kurang 18 tahun.
- Mengisi Borang 6 : Bahagian A
- Mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga.

Tatacara Rondaan

- Berjalan kaki & berkenderaan.
- Sekurang-kurangnya 3 orang.
- Jenis kenderaan : Basikal/motosikal/kereta.
- Roster : Tiap pemastautin sukarela mesti merujuk kepada Jawatankuasa Skim.

Halatuju SRS

Objektif strategik oleh JPNIN adalah untuk menjadikan SRS sebagai sebuah organisasi komuniti sukarela yang cekap dan pemastautin sukarelawan yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk komuniti dengan penuh wibawa dan sekaligus menjadikan SRS platfom memupuk interaksi ke arah perpaduan masyarakat pelbagai kaum. Usaha bersepadu perlu diperteguhkan dengan tindakan afirmatif semua pihak.

Kesimpulan

SRS merupakan satu institusi sosial yang amat penting dalam zaman moden. Ini adalah kerana SRS merupakan aktiviti penglibatan secara langsung ahli masyarakat dalam mengawal dan menjaga tempat tinggal mereka supaya aman dan sejahtera.

Sehubungan itu komuniti masyarakat yang layak dan berminat di sekitar Taman Chemor, Taman Mas/Mas Baru, Taman Rasi, Taman Chemor Mutiara, Taman Chemor Sinaran, Taman Bunga Raya, Taman Hartawan dan sekitar Pekan Chemor adalah sangat-sangat dialukan untuk menjadi Peronda Sukarela, KRT Pekan Chemor.

Sebarang pertanyaan berkenaan SRS KRT Pekan Chemor  bolehlah menghubungi :-

i. En. Maniam A/L Chelliah (Pengerusi SRS) - 016-5047800
ii. En. Razuan Nizam b. Mat Raji (Setiausaha SRS) - 012-5895879

Peronda SRS bersama YB Dato Hj Nadzri b. Ismail, ADUN Manjoi