Sunday 27 November 2011

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan & cadangan untuk kebaikan komuniti
Sila hubungi 012-5198500 (En. Hulam Rasul) @ 016-5455995 (En. Azman)

Fadhilat Amal

Assalamualaikum…

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Zar ra katanya, “Aku berkata ,Wahai Rasulullah, nasihatilah daku.” Baginda saw bersabda,”Apabila kamu melakukan keburukan maka hendaklah kamu segera iringi melakukan kebaikan kerana kebaikan tersebut akan menghapuskan keburukan.” “Adakah LA ILA HA ILL ALLAH daripada amalan kebaikan?” sabda Baginda saw, “Kalimah LA ILA HA ILL ALLAH adalah sebaik-baik kebaikan.” [hadith Riwayat Imam Ahmad]

Wednesday 2 November 2011

Fadhilat Amal...

Diriwayatkan daripada hazrat Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerana Allah saw dengan memperoleh takbiratul-ula selama empat puluh hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan sifat munafik.” (Hadith riwayat Imam Tirmizi)

Tuesday 1 November 2011

Sebarang Cadangan...

Sebarang cadangan untuk kebaikan dan kecemerlangan KRT PEKAN CHEMOR boleh disalurkan kepada En Azman di talian 016-5455995

Fadhilat Amal...

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.”  Baginda saw ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah saw bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran.” (Hadith riwayat Baihaqi)