Assalamualaikum…
Hazrat ‘ubadah bin Somit ra telah berkata, “Kekasihku Rasulullah saw telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda baginda saw, “jangan menyengutukan Allah swt dengan sesuautu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solah dengan sengaja, kerana sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan maksiat itu akan menyebabkan kemurkaan Allah swt dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.” (Hadith riwayat Imam Tabarani)