Wednesday 14 December 2011

Pengenalan

KRT Pekan Chemor merupakan salah satu pertubuhan sukarela yang diletakan di bawah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri.

Di antara objektifnya ialah memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan rakyat & integrasi nasional serta membimbing & mendidik masyarakat setempat ke arah kerukunan,permuafakatan & kemesraan.

Sumber kewangan KRT diperolehi daripada Pengarah JPNIN, Perak melalui Pegawai Perpaduan Daerah Kinta sebanyak RM 4 800 setahun.

Beroperasi di alamat No. 11, Lorong Ciku 4, Taman Mas Baru, 31200, Chemor, Perak (Tingkat atas).

Sebarang pertanyaan dan cadangan bolehlah menghubungi :-

i. En. Hulam Rasul b. Nadar Khan (Pengerusi KRT) - 012-5198500
ii. En. Maniam A/L Chelliah (Timbalan Pengerusi KRT/Pengerusi SRS) - 016-5047800
iii.En Azman b. Baharom (Setiausaha KRT) - 016-5455995
iv.En. Mohd Dali b. Bakar ( Bendahari KRT) - 019-5232696
v. Pn. Aishah bt Abdul Aziz ( Pengerusi Jiran Warga Mas ) - 012-5743855
vi.Pn. Siak Mei Ting (Pengerusi Jiran Wanita) - 016-5457177
vii.En. Saiful Azlan b. Shaari (Pengerusi Jiran Muda) - 013-7196028

Muafakat Teras Perpaduan

Sunday 27 November 2011

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan & cadangan untuk kebaikan komuniti
Sila hubungi 012-5198500 (En. Hulam Rasul) @ 016-5455995 (En. Azman)

Fadhilat Amal

Assalamualaikum…

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Zar ra katanya, “Aku berkata ,Wahai Rasulullah, nasihatilah daku.” Baginda saw bersabda,”Apabila kamu melakukan keburukan maka hendaklah kamu segera iringi melakukan kebaikan kerana kebaikan tersebut akan menghapuskan keburukan.” “Adakah LA ILA HA ILL ALLAH daripada amalan kebaikan?” sabda Baginda saw, “Kalimah LA ILA HA ILL ALLAH adalah sebaik-baik kebaikan.” [hadith Riwayat Imam Ahmad]

Wednesday 2 November 2011

Fadhilat Amal...

Diriwayatkan daripada hazrat Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerana Allah saw dengan memperoleh takbiratul-ula selama empat puluh hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan sifat munafik.” (Hadith riwayat Imam Tirmizi)

Tuesday 1 November 2011

Sebarang Cadangan...

Sebarang cadangan untuk kebaikan dan kecemerlangan KRT PEKAN CHEMOR boleh disalurkan kepada En Azman di talian 016-5455995

Fadhilat Amal...

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.”  Baginda saw ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah saw bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran.” (Hadith riwayat Baihaqi)

Sunday 30 October 2011

Fadhilat Amal

Assalamualaikum…

Hazrat ‘ubadah bin Somit ra telah berkata, “Kekasihku Rasulullah saw telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara.  Sabda baginda saw, “jangan menyengutukan Allah swt dengan sesuautu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib.  Jangan meninggalkan solah dengan sengaja, kerana sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam.  Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan maksiat itu akan menyebabkan kemurkaan Allah swt dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.” (Hadith riwayat Imam Tabarani)

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban buat warga KRT CHEMOR

Semoga warga Chemor bergembira...

Saturday 23 April 2011

Sebarang Cadangan....

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan & cadangan untuk kebaikan komuniti
Sila hubungi 012-5198500 (En. Hulam Rasul) @ 016-5455995 (En. Azman)

Makluman:


Pendaftaran Murid Baru bagi Tahun 2012 Tabika Perpaduan Chemor Sesi I & II DIBUKA SEKARANG
Hubungi : Pn. Faridah – 017-5212585
                  Pn. Sumathy – 017-5543159

Wednesday 20 April 2011